• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

LPT2 Buka 10 Plaza Tol Bantu Elak Kesesakan

KUALA TERENGGANU, 8 April - Bagi melancarkan pergerakan kenderaan serta membantu pelanggan sempena musim perayaan kali ini, pihak Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) membuka 10 plaza tol untuk semua lorong bagi mengelak kesesakan aliran lalulintas.

Pengurus  Wilayah LPT2 TS Shuhaimi Samad berkata walaubagaimanapun LPT2 memberi tumpuan di plaza Tol Ajil di Hulu Terengganu dan Plaza Tol Kuala Terengganu di Bukit Gemuruh.

" LPT2 lebih memberi tumpuan kepada plaza tol Kuala Terengganu memandangkan peningkatan trafik yang dijangka meningkat sehingga lewat petang ini,”ujarnya kepada pemberita.

Beliau juga memaklumkan dua lorong ditambah di Plaza Tol gemuruh  bagi memudahkan pembayaran menggunakan pidion bagi melancarkan trafik menjadikan keseluruhan penambahan empat kaunter berbanding tiga sebelum ini.

Dalam pada itu, dijangkakan jumlah kenderaan yang memasuki Terengganu meningkat antara 50,000 hingga 70,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berbanding hanya antara 16,000 hingga 20,000 kenderaan pada hari biasa, membabitkan perantau yang pulang ke Terengganu dan Kelantan.