• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Luncur Ombak Tarikan Sukan Air Di Terengganu


Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 13 Januari - Ombak (beach break) yang terdapat di Pantai Batu Buruk (PBB)merupakan antara yang terbaik di Asia untuk permainan papan luncur.

President PLOT (Persatuan Luncur Ombak Terengganu),  Azmi  Awang berkata, PBB adalah di antara ombak (beach break) yang terbaik di Asia dan ianya berbeza dengan pantai Cherating (point break) yang lebih berbahaya berbanding Pantai Batu Buruk.

“Tidak mustahil kita dapat menarik pelancong dengan ombak, tapi bila datang musim lain kita perlu membawa cara yang lain untuk menarik pelancong.

“Sukan ini amat dinanti-nantikan dan menjadi buah mulut oleh para peluncur dalam atau luar negara,” kata Azmi yang juga salah seorang peluncur ombak dalam senarai 10 teratas di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Kejohanan Luncur Ombak COMPLOT 2.0 anjuran Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT) di Pantai Batu Buruk, di sini semalam.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibnu Amin Busu.

Sementara itu, Ibnu Amin Busu berkata, Terengganu sudah popular dengan sukan musim tengkujuh iaitu Monsun Cup dan sukan papan luncur adalah di antara salah satu sukan baharu yang perlu diketengahkan.

“PLOT perlu di‘legalist’ dahulu, kemudian kita boleh meneruskan langkah seterusnya dan sudah tentu MSNT akan membantu sukan ini jika ia berada dalam Sukan Olimpik.

“Ia perlu dibangunkan dengan lebih agresif untuk kita memajukan sukan ini dan nama Malaysia,” ujarnya lagi.

Bagi pelancong dari Jepun, Eriko yang sedang bercuti di Terengganu sejak sebulan yang lalu, dia merasa teruja dengan keindahan Pantai Batu Buruk dan sanggup datang kerana minatnya dalam sukan papan luncur.

Tag: