• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

Madinah Ramadan Usaha Dakwah Yang Berterusan

KUALA TERENGGANU, 9 April – Program Madinah Ramadan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini merupakan antara usaha dakwah yang berterusan dalam Negeri Terengganu. 

Menurut Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Ustaz Shukri Faiz Jusoh meskipun pada tahun lepas agak suram kerana penularan wabak Covid-19, namun ia tidak membantutkan usaha dakwah tersebut.

“Dalam program ini kita sasarkan kepada mereka yang berada di sekitar Pantai Batu Buruk untuk disajikan kepda mereka dengan kuliah santai pada waktu petang.

“Kami juga meyediakan tempat untuk solat berjemaah bagi kemudahan kepada pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan Pantai Batu Buruk,” katanya.

Sekitar Majlis Perasmian Madinah Ramadan Daerah Kuala Terengganu

Beliau berucap dalam satu Majlis Perasmian Madinah Ramadan Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang diadakan berhampiran Dataran Pantai Batu Buruk baru-baru ini.

Beliau juga menyatakan program ini bertepatan dengan tema yang diangkat oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini iaitu Tahun Semarak Dakwah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Madinah Ramadan Peringkat Daerah Kuala Terengganu.

“Marilah sama-sama kita mengambil peluang ini untuk kita isi dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat.

“Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk menghidupkan program-program seperti ini bukan hanya pada bulan Ramadan malah pada bulan-bulan yang lain juga sepanjang masa,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapan perasmiannya. 

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Hj. Mohd Ariffin Abdullah dan  Ketua Penolong Pesuruhjaya Pengurusan Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Ustaz Muhammad Zamri Nik.

Ucapan perasmian ADUN Batu Buruk

 


Tag: