• 08 Nov 2024 | 06 Jamadil Awal 1446

Maidam Sedia Latih Individu Minat Gunting Rambut

KUALA TERENGGANU, 21 Julai - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melalui Yayasan Pendidikan Maidam sedia melatih individu terutamanya golongan remaja yang berminat menceburi bidang gunting rambut dalam usaha menghidupkan sunnah.

Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, mereka yang berjaya menamatkan kursus gunting rambut digalakkan membuka kedai terutama pada setiap Jumaat.

“Menggunting rambut pada hari Jumaat besar ganjarannya, kita akan ajar mereka sehingga boleh buka kedai gunting yang bersuaian.

“Kita akan promosikan bahawa menggunting rambut pada hari Jumaat itu besar pahalanya, dengan cara itu, InsyaAllah orang ramai akan pergi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Terengganu Bertadabbur Siri II yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam baru-baru ini.

Tambah beliau, kebiasaan orang ramai menghadapi masalah untuk menggunting rambut pada setiap Jumaat kerana kebanyakan tukang gunting menutup premis perniagaan pada hari tersebut.