• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

Majlis Malam Amal Realisasi Hasrat Bina Surau SMA Sultan Ismail


Oleh:Sulaiman Hafizi Mohd Rusli

DUNGUN, 19 Oktober - Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Ismail berjaya mencapai sasaran kutipan RM50,000 sebagai sumbangan untuk pembinaan surau sekolah itu sempena majlis makan malam sambil beramal, baru-baru ini.

Majlis julung kali itu dimeriahkan dengan sokongan kehadiran pemimpin nombor satu negeri, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut memberi sumbangan bagi menjayakan matlamat guru serta pelajar institusi pendidikan itu.

Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli ketika menyampaikan ucapan penghargaan berkata, majlis itu untuk menjayakan pembinaan surau yang lebih selesa untuk kepentingan majlis ilmu dan ibadat warga sekolah berkenaan.


 "Kita mengharapkan majlis ini diberkati dan mendapat sumbangan yang lebih banyak dari warga Dungun bagi melancarkan lagi urusan pembinaannya.

"Penyertaan lebih kurang 50 meja yang menghasilkan sumbangan RM1,000 untuk setiap meja.Tahniah kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Alumni SMA Sultan Ismail Dungun yang telah menjayakan program ini dan mencapai jumlah sumbangan yang dikehendaki,"katanya di Dewan Arena Merdeka, di sini.

Wan Hassan juga berharap agar majlis itu mendapat sokongan dan membuka mata semua pihak terutama warga Dungun sendiri untuk terus menyumbang bagi menjayakan matlamat sekali gus mengutip ganjaran pahala daripada amalan murni itu.



Tag: