• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Mak Su Berputih Mata Lihat Keadaan Rumah

Oleh : Muhammad Safwan Syakir Mohd Noor

DUNGUN, 5 Februari – Mangsa banjir di Jalan Cermai, Pasir Raja, Hulu Dungun di sini terpaksa berputih mata apabila melihat kediamannya dibadai lumpur mencecah paras lutut setelah banjir besar.

Mangsa, Siti Zubaidah Mat Zin, 74, berkata banjir tersebut antara paling buruk berlaku di kampung berkenaan.

Dia yang juga dikenali sebagai Mak Su berkata kejadian itu berlaku sekelip mata sahaja kerana air naik begitu cepat dan dia terpaksa masuk ke dalam rumah tanpa boleh melakukan apa-apa.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan yang membantu membersihkan rumah saya," katanya ketika ditemui pemberita di Jalan Cermai, Pasir Raja, Hulu Dungun baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Sr Zaharuddin Zahid berkata seramai 30 pemuda Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat dalam misi banjir di kampung berkenaan.

"Operasi yang bermula pada jam 8 pagi itu berjalan lancar dengan beberapa buah rumah berjaya dibersihkan," ujarnya.

Untuk rekod, banjir besar yang berlaku pada Khamis lalu menyebabkan tiga buah rumah hanyut dan satu daripadanya hanya tinggal tangga dan tiang rumah di Kampung Shukor, Hulu Dungun.

Selain Kampung Shukor, banjir sama turut melanda Kampung Pasir Raja, Kampung Jongok Batu dan Kampung Belimbing.

 

 

 

 

 

 

 


Tag: