• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Manfaatkan Peluang Ke IPTA Dengan Sebaiknya

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 5 Julai - Para pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) khususnya anak-anak pelajar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi dinasihatkan agar manfaatkan sepenuhnya peluang tersebut dengan belajar bersungguh-sungguh.

Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, merekalah menjadi harapan  yang akan membanggakan ibu bapa masing-masing.

“Para pelajar perlu berazam dan bertekad untuk mendapatkan keputusan yang baik pada setiap peperiksaan, kerana dengan mendapat keputusan yang baik itulah maka akan melayakkan diri bagi mendapat biasiswa. Dengan biasiswa yang diperolehi sudah tentu akan meringankan beban ibu bapa.

“Jangan merasa rendah diri kerana dari pedalaman sebaliknya perlu dibuktikan bahawa anak dari DUN Bukit Besi mampu mencipta kejayaan dan akan menjadi pelapis yang baik di masa akan datang. Saya turut mencabar  mereka dengan segala ilmu yang dipelajari dan dimiliki serta pengalaman yang diperolehi sepanjang pengajian setelah tamat pengajian, digunakan untuk berbakti bagi memajukan DUN Bukit Besi," ujarnya.

Beliau berkata demikian ditemui pihak media, selepas menyampaikan sumbangan didalam majlis ringkas meraikan 68 anak-anak Bukit Besi yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA, semalam.

Sementara itu, Nur Nazirah Muhamad Din, berkata peluang menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Guru Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai berkata nasihat diberikan Ghazali menyuntik semangatnya untuk belajar dengan baik.

“Pelbagai tips motivasi yang diberikan dan sangat berterima kasih diatas sumbangan yang diberikan. Insya-Allah selepas bergelar guru di masa akan datang jika diberikan peluang, memang saya ingin berkhidmat di DUN Bukit Besi,” ujarnya.

Bagi Muhammad Aifee Mohamed Shukor yang akan menyambung pengajian ke Politeknik Sultan Ibrahim, Johor Bahru pula sangat bersyukur kerana diraikan didalam majlis berkenaan.

“Saya akan memastikan yang saya akan belajar bersungguh-sungguh sebagaimana yang diharapkan,”katanya


Tag: