• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Manfaatkan Pengalaman Untuk Masyarakat

KUALA TERENGGANU, 27 Mac - Pesara polis diharap memanfaatkan pengalaman  untuk  mewujudkan  masyarakat yang hidup dalam suasana aman dan harmoni. 

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Kuala Terengganu, Hamzah Ngah berkata usia sebagai pesara adalah anugerah Allah untuk sentiasa bermuhasabah dan menjadi diri lebih baik.

"Walaupun pesara polis tetapi 'aku' mampu mengubah diri menjadi hamba Allah yang bertakwa. 

"Takwa ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya," katanya.

Beliau yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato Tengku Hassan Tengku Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Kuala Terengganu yang diadakan di  Dewan Redang, Ibu Pejabat Polis Kontigen Negeri Terengganu di sini, semalam.

Di dalam majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Mohd Din, Hamzah bagi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ladang telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada persatuan ituBeliau juga amat berbangga dengan kesungguhan anggota polis menjaga keamanan negara.

"Biarlah kerja-kerja kita itu mendapat ganjaran pahala di sisi Allah," katanya.


Tag: