• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Masalah Saluran Tersumbat Kampung Kayu Kelat Diatasi

Azbi Salleh melawat kerja-kerja membaik pulih di Kampung Kayu Kelat, Besut, di sini baru-baru ini.


 Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT  16 Disember– Masalah saluran air yang tersumbat di Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut dapat diatasi apabila tindakan segera dilakukan pada peringkat permulaan bagi mengelakkan masalah air bertakung berulang.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, pihaknya melakukan lawatan ke lokasi berkenaan dan mendapati saluran berkenaan tersumbat.

Menurutnya, pihak penyelaras  DUN Kuala Besut melakukan pembersihan awal bagi memperbaiki saluran terbabit dengan menyewa jentolak untuk menyelesaikannya.

“Hujan lebat pada musim tengkujuh menyebabkan air bertakung akibat aliran air yang tidak begitu lancar yang disebabkan saliran  yang sedia ada telah tersumbat dan tidak boleh menampung kapasiti air di situ.

"Saya telah menghubungi pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Besut dan bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan menyewa jentolak bagi kerja-kerja membaik pulih,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)ketika melawat kerja-kerja membaik pulih di Kampung Kayu Kelat, di sini baru-baru ini.

Turut hadir sama ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kayu Kelat, Shaari.

Tambahnya lagi, beliau sentiasa bersedia membantu sekiranya ada dikalangan penduduk yang menghadapi masalah  dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

"Saya selaku Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut berharap penduduk kampung tidak lagi perlu risau dengan masalah air bertakung di sini kerana pihak kami akan sedia membantu bila-bila masa sahaja supaya masalah ini tidak berpanjangan,” ujar beliau.



Tag: