• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

MBKT Lelong 11 Ekor Kambing Tak Dituntut

KUALA TERENGGANU, 1 April - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan melelong 11 ekor kambing yang tidak dituntut selepas disita dalam operasi dijalankan pada akhir bulan lalu.

Datuk Bandar, Rosli Latif berkata, proses lelongan itu akan diadakan di pusat tahanan haiwan kawasan Perindustrian Chendering, di sini bermula sekitar jam 9.30 pagi pada Khamis, 4 April depan.

Menurutnya, haiwan berkenaan ditangkap selepas didapati berkeliaran dan terpaksa dilelong selepas tiada pemilik yang datang untuk menuntut kembali ternakannya dalam tempoh ditetapkan.

“Pihak MBKT boleh mengadakan lelongan awam untuk melupuskan ternakan berkeliaran ini di bawah peraturan ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan media di laman facebook rasmi MBKT baru-baru ini.

Tambah Rosli, mereka yang berminat untuk membuat tawaran boleh hadir pada tarikh yang ditetapkan dan haiwan tersebut akan dilupuskan berdasarkan kepada tawaran harga yang tertinggi.

“Setiap pembida hanya boleh membeli maksimun seekor sahaja serta bayaran penuh hendaklah disempurnakan segera sebelum haiwan berkenaan diserahkan kepada pembuat tawaran yang berjaya di kaunter yang disediakan. 

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, 09-6121546, 09-6121536, 09-6121040 untuk penjelasan lanjut,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 


Tag: