Jalur Gemilang
Berita :
MBKT Perketat Pembangunan, Terapkan Konsep Sponge City Tangani Banjir Kilat
MBKT Perketat Pembangunan, Terapkan Konsep Sponge City Tangani Banjir Kilat
Rohayati Ripin
3 jam yang lepas
167

KUALA TERENGGANU, 10 November – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memperketat syarat kelulusan pembangunan di kawasan berisiko banjir selain menerapkan konsep ‘Sponge City’ bagi mengurangkan risiko banjir kilat di bandar raya itu.

Dato’ Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat berkata, setiap pembangunan baharu diwajibkan mengemukakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), Kajian Impak Saliran (DIA) serta mematuhi Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) dan menyediakan sistem tebatan banjir sebelum kelulusan diberikan.

Menurutnya, syarat berkenaan perlu dipatuhi sebelum sebarang kelulusan Kebenaran Merancang (KM), Pelan Bangunan atau Pelan Kerja Tanah dikeluarkan.

“Pesatnya pembangunan bandar pada masa lalu telah meningkatkan kawasan bersimen serta mengurangkan kawasan serapan air hujan, sekali gus menyebabkan kadar limpahan air permukaan (surface runoff) meningkat tinggi,” jelasnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman hari ini.

Tambahnya, masalah  ini membebankan sistem saliran sedia ada sehingga mencetuskan banjir kilat.

“Bagi menangani isu ini, MBKT mengambil pendekatan baharu dengan menerapkan sistem MASMA untuk pemajuan akan datang, menaik taraf dan menyelenggara saliran utama secara berkala sebelum musim tengkujuh, serta menerapkan konsep Sponge City,” ujarnya.

Pendekatan bersepadu itu bertujuan memastikan pembangunan bandar lebih terkawal, sistem saliran berfungsi dengan baik serta risiko banjir kilat dapat dikurangkan


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan