• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Mesti Berani Bersaing Di Media Sosial

DUNGUN, 30 Mei- Untuk  berjaya, usahawan mestilah sanggup  bersaing dan  tidak mudah mengalah di dalam mempromosikan produk menerusi medium media sosial. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, mereka mestilah sentiasa mengikut trend pelanggan secara atas talian. 

"Jika kita menceburi bidang ini, ada turun naiknya dan kita mesti sanggup menanggung risiko, produk kita mestilah sentiasa berubah mengikut citarasa pelanggan yang berubah-ubah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Dana Putera di Balai Raya Kampung Pulau Serai di sini.

Di DUN Rantau Abang seramai 42 orang layak menerima bantuan yang dikhususkan oleh kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU) kepada peniaga-peniaga kecil. 

Disamping itu, mereka juga mestilah menitik beratkan keberkatan hasil jualan yang diperolehi.

"Sebagai seorang Islam janganlah kita mementingkan keuntungan semata-mata kerana kita akan mati, kita akan dihisab dan ada balasan syurga dan neraka," ujarnya lagi. 


Tag: