• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Millenial Monsoon Camps Manfaatkan Cuti Sekolah Kanak-kanak

KUALA NERUS, 30 Disember- Jabatan Pembangunan Remaja (Jpr) Dun Bukit Tunggal mengadakan Kem Millennial Monsoon Camps bagi memastikan anak-anak di kawasan Bukit Tunggal memanfaatkan waktu cuti sekolah mereka.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata, program itu melibatkan penyertaan seramai 120 kanak-kanak berusia 11 hingga 17 tahun. 

"Program tersebut merupakan program tahunan bagi membantu ibu bapa mengisi masa terluang anak-anak mereka pada musim cuti persekolahan.

"Terima kasih kepada ibu bapa kerana memberi kerjasama dan keizinan kepada anak-anak menyertai kem yang mana banyak memberi banyak makna dan faedah kepada anak-anak.

"Kita sekarang berada dalam zaman langit terbuka yang terdedah dengan pelbagai sumber maklumat baik dan buruk, jadi penting untuk kita memastikan anak-anak kita mendapat pengetahuan benar, program ini mengajar mereka mengenai hal ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis penutup program terbabit di sini semalam.

Menurut Dr Alias, kesemua aktiviti yang dilakukan merangkumi aspek kerohanian, latihan kendiri, latihan kemahiran, pengembaraan, kesenian dan kebudayaan serta sukan.

"Program ini turut mendapat kerjasama daripada Ameerah Dun Bukit Tunggal, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-Mits) Dun Bukit Tunggal dan Kelab Kebajikan Pendidikan Islam Terengganu (KE-DIDIK)," katanya.


Tag: