• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Minum Pagi Dekati Rakyat

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos- Mendekati rakyat dengan minum pagi di kedai makan terpilih adalah salah satu aktiviti dalam diari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Sempena Karnival Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS) DUN Bandar yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, Ahmad Shah mengambil peluang  beramah mesra dengan penduduk sekitar menerusi aktiviti tersebut. 

Beliau bersama beberapa pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bandar pagi tadi berkunjung ke Kedai Makan milik Mohamad Omar yang dikenali sebagai Mamat Jepun untuk menikmati pelbagai sarapan pagi sambil bertanya khabar penduduk sekitar Kampung Masjid Tok Ku yang berada di kedai tersebut. 

Kira-kira sejam Ustaz Ahmad Shah berada di situ sebelum beredar ke Karnival TMBS di Taman Shah Bandar, di sini.

Sempena karnival tersebut, Mazila Mohd diisytiharkan menang seutas gelang emas ditaja Ahmad Shah dalam sesi cabutan bertuah, selesai Forum Suara Hati Wanita bertajuk 'Bawa Aku ke Syurga' pagi tadi. 

Hadiah istimewa tersebut disampaikan oleh isteri ADUN Bandar itu, Norizan Ngah. 

Dato' Dr Norhafizah Musa menjadi panel forum tersebut.


Tag: