• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Muhtar Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Mulai 17 April

KUALA TERENGGANU, 15 April – Mantan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC (Group Chief Operating Officer (GCOO), Muhtar Suhaili dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC (Group Chief Executive Officer (GCEO)) yang baharu berkuatkuasa 17 April nanti.

Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (“EPIC Berhad”)dalam satu kenyataan berkata  pelantikan Muhtar sebagai menggantikan  Ridzuan Ali yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 16 April 2024.

Muhtar mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri minyak dan gas, automotif, komoditi, pengurusan pelabuhan, sektor logistik, dan tenaga boleh diperbaharui.

Sebelum menyertai EPIC Berhad pada Disember 2022, Muhtar merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer (CEO)) di Malaysian Timber Council (MTC), dan sebelumnya berkhidmat bersama Shell selama 15 tahun dan Perodua Auto Corporation Sdn Bhd.

 Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC). Muhtar mempunyai pengalaman bekerja di Malaysia dan luar negara, iaitu di Belanda dan Jerman, dan mendapat pendedahan meluas hasil daripada lawatan ke 39 negara di seluruh dunia.

Dengan pelantikan tersebut, Muhtar berhasrat menggunakan pengalaman mengendalikan pelbagai projek mega dan pengurusan kontrak perniagaan di peringkat tempatan mahupun luar negara untuk membawa EPIC ke peringkat kejayaan yang lebih tinggi.

Misi beliau adalah untuk menjana pertumbuhan perniagaan syarikat di samping memperkasa sumber tenaga modal insan dengan memanfaatkan kepakaran dan rangkaian beliau di sektor minyak dan gas.

Dalam masa sama, Kumpulan EPIC, meletakkan kepercayaan dan keyakinan tinggi terhadap Muhtar  dengan pengalaman dan kepakaran yang luas  yang dimilikinya, prestasi syarikat akan terus meningkat sekaligus menyumbang terhadap ekonomi negeri.


Tag: