• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Nisa' Bantu 52 Pelajar, Sumbang Kelengkapan Sekolah

Oleh: Farhana Mustapa 

BESUT, 7 Mac- Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Wanita Kebajikan Nur Insani (Nisa’) membantu 52 orang pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut dengan menyediakan kelengkapan sekolah menerusi pemberian kit 'I Love To School'. 

Wakil Nisa Terengganu, Wan Nor Fadilah Wan Ismail berkata, setiap kit mengandungi buku nota dan alat tulis bernilai RM100. 

"Seronok melihat reaksi adik-adik penerima yang berumur lingkungan 15 hingga 17 tahun yang akan memulakan sesi persekolahan bulan April depan dan sumbangan ini adalah untuk membantu meringankan beban kedua ibu bapa berikutan ramai yang tidak dapat bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dikuatkuasakan," katanya. 

Wan Norfadilah berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui selesai majlis penyerahan sumbangan tersebut yang diadakan di Dewan Serbaguna Felcra Keruak, Hulu Besut dekat sini baru-baru ini. 

Menurut beliau yang juga pengarah program, majlis tersebut masuk kali ke sepuluh untuk sesi 2020.

"Dipihak saya selaku pengarah program, sangat berterima kasih kepada ahli jawatankuasa pelaksana di kawasan Besut kerana telah berjaya menjalankan rogram dengan jayanya," ujarnya.


Tag: