• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Norma Baharu Bukan Penghalang Cita-Cita

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 16 Julai - Pelajar dinasihatkan tidak menjadikan alasan belajar di dalam situasi norma baharu sebagai penghalang mengapai cita-cita.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata,  pelajar diharapkan dapat sesuaikan diri dengan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang berada di sekolah.

"Belajarlah bersungguh-sungguh, tuntut ilmu sebanyak mungkin, jangan sia-sia masa agar akan datang tidak kecewa dan menyesal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mengalu-alukan kehadiran murid darjah Lima dan Enam Sekolah Kebangsaan Gong Pasir yang memulakan sesi persekolahan setelah sekolah diarahkan bercuti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Alias turut berpesan supaya jangan mengabaikan solat kerana ia akan mengangkat martabat diri.

"Untuk berjaya di dunia dan akhirat, solat adalah tunjang utama," ujarnya lagi.


Tag: