• 15 Mei 2024 | 7 Zulkaedah 1445

Orang Kampung Tebak Kursus Jenazah

Penceramah menunjukkan demonstrasi cara pengurusan jenazah yang betul.
Oleh: Aminji

KEMAMAN, 15 Julai - Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, itulah lumrah alam yang akan dilalui oleh setiap insan. Rentetan itu, satu Kursus Pengenalan Pengurusan Jenazah telah diadakan di Masjid Tebak Batu 16 melibatkan komuniti kampung tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Abdul Razak Ibrahim berkata, kursus itu diadakan bagi memberikan pendedahan kepada umum tentang cara menguruskan jenazah.

"Sekurang kurangnya, melalui kursus ini, kita tahu, langkah awal yang harus dilakukan ketika menghadapi kematian seseorang," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan kursus tersebut, di sini baru-baru ini dengan kehadiran seramai 37 orang peserta.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas yang terlibat dalam penganjuran kursus jenazah tersebut.

"Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang telah menjayakan kursus ini. Insya-Allah kursus sebegini sangat memberi manfaat kepada kita semua sebagai persediaan di hari mendatang," kata beliau lagi.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Tebak, Mohd Adharuddin Idris.

Tag: