Terengganu Peruntuk RM6 Juta Bantu Pelajar Sambung Master, PhD
KUALA TERENGGANU, 8 September - Persatuan Pendidikan dan Pembangunan Islam Orang Pekak Terengganu (PIOPT) membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini mempelajari dan memahami al-Quran.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, warga OKU pendengaran mempelajari al-Quran dengan 'Kaedah Kod Tangan Quran' yang dibimbing oleh guru agama berkemahiran bahasa isyarat.
“PIOPT merupakan pusat aktiviti bagi pembangunan asnaf pekak untuk mendidik golongan OKU Pendengaran Terengganu bagi belajar kemahiran pertanian dan kemahiran memasak.
“Ia merupakan satu usaha yang sangat baik kerana sepertimana yang kita sedia maklum OKU pendengaran sangat sukar untuk memasuki alam pekerjaan kerana masalah komunikasi,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sijil dan Penutup Kursus Bahasa Isyarat Malaysia Tahap 1 yang betempat di Perpustakaan Awam Terengganu di sini hari ini.
Sementara itu, lebih 2,344 orang OKU Pendengaran telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu.
Katanya, betapa pentingnya Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dipelajari oleh pelbagai pihak dan jabatan jika dihadiri pelanggan dari warga OKU ini.
"Kursus Asas Bahasa Isyarat ini telah diadakan selama empat hari bermula 5 hingga 8 September 2022 serta dihadiri oleh tenaga pengajar yang pakar dalam bahasa isyarat," katanya.