• 15 Okt 2024 | 12 Rabiul Akhir 1446

Orang Ramai Masih Berpeluang Nikmati Promosi Wasiat AmanahRaya Dan Hibahku

KUALA TERENGGANU, 29 September- Orang ramai masih berpeluang menikmati harga promosi Wasiat AmanahRaya dan Hibahku yang ditawarkan Amanah Raya Berhad sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67. 

Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad, Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata, tawaran oleh syarikat pentadbir amanah utama negara itu bermula 1 Ogos lalu sehingga 31 Oktober depan.

“Bagi wasiat individu untuk jenis wasiat asas, harga promosi merdeka AmanahRaya 2024 yang ditawarkan RM400 sahaja berbanding harga biasa RM500.

“Sementara wasiat komprehensif pula orang ramai hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM1000 berbanding harga biasa RM1200,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Tanggungjawab Sosial  Amanah Raya Berhad Dan PDRM Bersama Nelayan Kawasan Kuala Terengganu Utara & Selatan di Dewan Akademi Perikanan, Chendering di sini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor.

Katanya, promosi wasiat inividu sah di mana-mana cawangan Amanah Raya seluruh negara, kaunter bergerak Amanah Raya dan secara atas talian (Amanah Raya Will Online) melalui laman sesawang Amanah Raya di www.amanahraya.my .

Sementara itu Ahmad Feizal berkata, pihaknya turut menawarkan diskaun bagi mereka yang berminat untuk membuat wasiat kombo.

“Bagi jenis wasiat asas, harga promosi merdeka AmanahRaya 2024 yang ditawarkan RM700 sahaja berbanding harga biasa RM1000.

“Sementara wasiat komprehensif untuk jenis kombo pula adalah RM1800 berbanding harga asal RM2400.

 “Dengan syarat, pelanggan pertama perlu membawa pelanggan kedua yang hadir serentak di mana-mana cawangan Amanah Raya seluruh negara atau kaunter bergerak Amanah Raya sahaja,” ujarnya.

Tambah beliau, promosi Hibahku pula sah di mana-mana cawangan Amanah Raya seluruh negara atau kaunter bergerak Amanah Raya.

“Harga asal untuk produk ini adalah RM1,500 dan selepas diskaun, orang ramai boleh mendapatkannya pada harga RM1300,” jelasnya.

Justeru katanya, orang ramai diharap merebut peluang tersebut dengan membuat perancangan pewarisan yang terbaik demi kesinambungan legasi pada masa hadapan.