• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Ott Kembali Sarung Jersi TFC

KUALA TERENGGANU, 11 Mac - Pemain tengah, Manuel Gelito Ott bersetuju untuk kembali bersama pasukan Terengganu FC (TFC) selepas menandatangani kontrak bersama pasukan itu selama satu musim bagi mengisi kouta Asean. 

Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner berkata beliau bersetuju untuk mendapatkan khidmat Manny Ott pada musim ini dan percaya dengan adanya kualiti pemain kebangsaan Filipina tersebut semestinya dapat memberi tonik kepada pasukan TFC pada musim 2024/2025. 

“Pemain ini mempunyai gaya hantaran-hantaran menarik dan kelebihan untuk melepaskan rembatan dari jarak jauh sekali gus memberi impak yang baik pada pasukan TFC pada musim ini.

"Manny Ott akan kembali menyarung jersi bernombor 8 bersama pasukan Terengganu FC dan diucapkan selamat berjuang,” katanya dalam kenyataan media TFC semalam.

Untuk rekod, pemain berusia 31 tahun itu pernah beraksi bersama Liga Thailand, kelab Ratchaburri dan Liga Malaysia Melaka United, Kedah Darul Aman dan Terengganu FC.

"Beliau juga telah berjaya membantu pasukan Terengganu FC layak bagi saingan akhir Piala FA pada musim 2022 dan layak bagi Saingan AFC Champhionship 2023," ujarnya.


Tag: