• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Outreach Pekerjaan Bantu Masyarakat Keluar Daripada Pengangguran

SETIU, 20 Februari – Kerajaan Terengganu menganjurkan Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu di Daerah Setiu bagi mengeluarkan masyarakat daripada belenggu pengangguran.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, program bersama Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT), Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu telah berlangsung sejak 15 Februari iaitu di Kuala Nerus dan di Besut.

"Sebanyak lebih 200 peluang pekerjaan ditawarkan dan sudah diisi kekosongan ini di besut seramai 110 orang, 15 orang di Kuala Nerus dan masih berbaki. kHari ini (semalam) program ini dilaksanakan di Setiu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada THRDC, PERKESO Terengganu, Syarikat SONY EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dan Pejabat Daerah Setiu yang telah mengadakan program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu Daerah Setiu," katanya ketika ditemui media selepas program.

Tambah beliau lagi, usaha ini dapat memberi pekerjaan kepada belia dan beliawanis khususnya di Setiu.

"Tahniah kepada THRDC dengan penganjuran program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu Daerah Setiu," katanya.


Tag: