• 25 Okt 2021 | 18 Rabiul Awal 1443

Pasar Buku Besut Galak Rakyat Membaca

BESUT, 31 Disember - Parlimen Besut terus mengorak langkah dalam menanam minat membaca dalam kalangan rakyat selepas memperkenalkan program Pasar Buku Besut 2021.

Penyelaras Parlimennya, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Terengganu berkata, program itu akan berlangsung pada 21 hingga 28 Februari 2021.

Katanya, program selama lapan hari itu bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Besut di Kampung Raja.

"Objektif kita mengadakan program ini adalah untuk menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif".

"Tujuan program ini juga dapat memberi peluang kepada penerbit kecil untuk menyertai jualan buku murah dengan harga berpatutan buat masyarakat Besut.

"Di samping itu juga dapat mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti berkaitan pembacaan dan keilmuan sekali gus dapat mempromosikan Perpustakaan Awam Daerah Besut khususnya kepada masyarakat sekitar," ujarnya lagi.

Ini kerana jelasnya, kadar celik huruf rakyat Malaysia hampir ke angka 94.94 peratus mengikut laporan Adult and Youth Literacy Nasional Ragional and Global Trends 1985-2015.

"Kajian terbitan Unesco Institute for Stastistic pula mendedahkan secara purata rakyat Malaysia hanya membaca 15 hingga 20 buku setahun," katanya

Oleh itu, pihaknya menyasarkan program itu akan disertai 5,000 orang awam daripada pelbagai peringkat masyarakat, kanak-kanak hingga pelajar universiti, pekerja sektor kerajaan dan swasta.


Tag: