• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

PAU 2017 : Melayu Dan UMNO Berpisah Tiada



Tidak ada parti lain yang boleh membela nasib orang Melayu kecuali UMNO. Bak kata pepatah orang lama, Melayu dan UMNO berpisah tiada, tegas Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.

Menurutnya, yang penting adalah bagaimana menghayati intipati ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara menyeluruh bermula sejarah penubuhan UMNO, tujuan dan jasa-jasanya kepada orang Melayu.

"Ini termasuklah harapan YAB PM (Presiden Parti) untuk jangka masa panjang tentang kebergantungan kita kepada UMNO terutama orang melayu.

"Yang penting, saya lihat bukan sekadar kita menghayati dan mendengar ucapan Presiden Parti untuk membakar semangat kita orang Melayu untuk terjemahkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti agar kemenangan dua per tiga daripada 222 kerusi parlimen milik UMNO dan BN,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2017, pagi tadi.

Tambahnya lagi, bagi kerajaan negeri Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, beliau yakin dengan susun atur gerak kerja yang dilakukan akan memberi penambahan kerusi di Dewan Undangan Negeri sebagai hadiah terbaik kepada presiden parti.

Tag: