• 03 Dis 2021 | 27 Rabiul Akhir 1443

PAU 2017 : Perang Mesti Menang


UCAPAN DASAR KETUA WANITA UMNO, TAN SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL, DI PERHIMPUNAN AGUNG WANITA UMNO 2017
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh
DOA PEMBUKAAN
1. Saya suka mulakan ucapan ini dengan sebuah kisah tentang doa.
2. Ketika Imam Syafie merantau hingga ke Mesir untuk bertemu dengan Imam Malik, meminta untuk didoakan, lantas jawab Imam Malik, “Kamu telah tersalah alamat. Sedangkan di rumahmu ada orang yang doanya, 100,000 (satu ratus ribu) kali ganda makbul doanya dariku dan tiada hijab doanya antara dia dan Allah SWT.
3. Lalu Imam Syafie bertanya, siapakah dia? “Itulah doa ibumu.”
4. Wahai Ibu Terbaik Bangsa, lapangkan hati dan besarkan jiwa. Angkatlah kedua telapak tangan kalian yang suci, bermohonlah pada Tuhan Rabbul Jalil.
5. Ya Allah Rabbul Jalil, Kau jadikanlah tiap titis keringat Ibu Terbaik Bangsa ini, laksana titis embun yang membasahi pohon syurga-Mu.
6. Ya Allah Ya Rahman, jangan sesekali Kau palingkan redha dan rahmat-Mu, seperti mana Ibu Terbaik Bangsa ini tidak berpaling dari perjuangan mempertahankan agama-Mu. Ikatlah hati-hati mereka, sekuat ikat janji mereka membela bangsa.
7. Ya Allah Ya Quddus, Kau terangkanlah setiap jalan-jalan yang gelap, Kau perluaskanlah setiap ruang yang himpit dan tersepit, dengan Nur agama-Mu.
8. Kau sucikanlah jalan Ibu Terbaik Bangsa ini dari dengki dan iri hati, limpahkanlah barakah laksana hujan membasahi bumi.
9. Ya Allah Ya Muhaimin, Kami hidup kerana-Mu, kami berjuang kerana-Mu dan kami mati kerana-Mu. Teguhkanlah barisan serikandi Ibu Terbaik Bangsa ini dengan kebijaksanaan para rasul, kefasihan para nabi, dan kefahaman para sahabat.
10. Ya Allah Ya Mutakabbir, Tuhan Maha Megah, Kau bukakanlah gerbang rahmat-Mu seluas-luasnya, untuk menerima kembali serikandi- serikandi bangsa kami yang mulia.
11. Kau lapangkanlah kubur Allahyarham pejuang-pejuang kami, khususnya Allahyarhamah Puan Hapsah Khalid, Tan Sri Noriah Kasnon, Puan Aminah Manaf, Puan Norahan Abu Bakar, Puan Ramlah Ismail, Dato’ Wira Maznah Hamid serta serikandi bangsa yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami.
12. Bariskanlah roh-roh mereka yang mulia ini, sebaris roh para mujahid yang syahid kerana jihad di atas nama-Mu.
13. Ya Allah Tuhan pemilik segala kebesaran, bersaksikan keagungan kerajaan-Mu, kami pulangkan Ibu Terbaik Bangsa ini.
14. Al Fatihah.
15. Yang Berbahagia Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Napsiah Omar,
16. Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Hajah Saripah Aminah Syed Mohamed,
17. Yang Berhormat Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun,
18. Yang Berhormat wakil Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Dato’ Razali Ibrahim, Dato’ Sri Irmohizam Haji Ibrahim dan Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.
19. Barisan Pegawai-Pegawai, Ahli-ahli EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia,
20. Para perwakilan yang saya kasihi sekalian,
21. Dif-dif jemputan, tetamu-tetamu khas, pejuang-pejuang Ibu Terbaik Bangsa, para pemerhati sama ada di dalam atau di luar dewan ini,
22. Tuan-tuan dan puan-puan, wakil-wakil media, serta semua yang saya hormati sekalian.
PEMBUKA BICARA
23. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat baginda.
24. Saya bagi pihak barisan kepimpinan tertinggi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran 973 (sembilan ratus tujuh puluh tiga) perwakilan Wanita dari 191 (seratus sembilan puluh satu) bahagian seluruh Negara, yang mewakili 20,370 (dua puluh satu ribu tiga ratus tujuh puluh) cawangan Wanita UMNO ke perhimpunan ini dengan membawa suara dari peringkat akar umbi.
25. Saya ingin mengajak puan-puan untuk kita manfaatkan Perhimpunan Agung ini sebagai wadah perbahasan, tentang hendaknya rakyat, mahunya mereka apa yang kekurangan. Kita kumpul kekuatan jadi ledakan, kita perbaik kelemahan jadi keampuhan.
Puan-puan sidang perwakilan sekalian,
26. Sepenggal kita bersama, bersaksi ikrar percaya, Wanita UMNO terus membenteng parti.
27. Laksana panglima di medan perang, walau beribu tentera di belakang, andai tunjangnya lemah belulang, pasti pasukan akan kecundang. Andai panglima gagah berani, arif menelah sifir musuh, tangkas mencatur langkah dan tingkah, pasti maranya tak akan patah.
28. Begitulah Presiden parti kita, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jiwanya kental membelah ombak cabaran, tidak goyah dilanda taufan fitnah yang tidak berkesudahan.
29. Dengarkanlah YAB Dato’ Sri Presiden, setia Wanita tidak bertepi, percaya Wanita tidak ternafi, sokongan Wanita tidak akan terhenti. Teruskanlah memimpin kami, kibarkanlah panji aspirasi, pandulah transformasi yang telah dijanji.
30. Kepada YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO serta saf kepimpinan UMNO, tekad Wanita terus teguh menyokong, memastikan barisan yang diluruskan lebih 70 tahun lamanya ini, terus tenang dan padu, memecah lontaran-lontaran hasutan, yang mencemburui ikatan kekuatan parti ini.
31. Saya juga ingin memetik kenyataan Dato’ Sri Hishammuddin yang menekankan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, pada pemilihan parti akan datang, tiada ditandingi, demi perpaduan dan muafakat, serta kestabilan parti. Wanita sokong pendirian dan cadangan YB Dato’ Sri Hishammuddin yang penuh hikmah dan bijaksana.
32. Kepada kepimpinan parti, Wanita mohon, teruslah menyokong pergerakan kami, dalam menjayakan apa jua perancangan, dan gerak kerja yang dijalankan, agar manfaatnya terus diterima rakyat dan Negara.
Terima kasih daun keladi,
Jasamu Tuan lekat di hati,
Eh nanti, belum habis lagi,
30 peratus jangan hanya di jari!
JALINAN RAKYAT PLUS (JR PLUS): JENTERA BERSEPADU PILIHANRAYA
Sidang perwakilan yang budiman,
33. Ucapan terima kasih kepada YAB Presiden, bilamana bergemuruh Dewan Merdeka tahun lalu dengan standing ovation untuk kita semua.
34. Sesungguhnya, tulang belakang parti ini rasa amat dihargai dan dihormati. Semangat membara itu kami bawa untuk semua Jalinan Rakyat di seluruh pelusuk negara.
35. Pada April tahun ini pula, Wanita diiktiraf lagi. Kita diberi amanah meneraju pasukan yang lebih besar untuk Pilihanraya Umum ke-14 nanti. Jalinan Rakyat Plus atau JRPlus adalah rejimen jentera bersepadu pilihanraya, yang direalitikan oleh YAB Presiden parti.
36. Ini membawa petanda bahawa, banyaknya kita bukan umpama buih di lautan, sebaliknya bergabung menjadi sebuah gelombang yang menggunung, mengharung badai fitnah dan tohmah, demi Negara yang tertegak gagah. 37. Harapan disandarkan kepada kita Wanita, Ibu Terbaik Bangsa ini untuk mengemudi JRPlus akan kita pikul dengan penuh kesungguhan.
38. Wanita berikrar, untuk PRU-14 nanti, bersama anak-anak Pemuda Puteri, ganding sama parti komponen Barisan Nasional, dan bergabung dengan mereka yang berkongsi aspirasi YAB Perdana Menteri, kami akan jadi pencari undi, penentu undi, perayu undi, pengekal undi, hatta pemecah undi di mana yang perlu.
39. Bak kata Abraham Lincoln, “a house divided by itself cannot stand”. Insyaallah, selagi kita berdiri atas nawaitu yang satu, demi agama, bangsa dan Negara, UMNO terus kukuh mengemudi pertiwi.
ROH IBU TERBAIK BANGSA
Sidang perwakilan yang dikasihi sekalian,
40. Sedari awal permulaan zaman

Tag: