• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pelajar Cemerlang SPM Dirai

Oleh : Mohd Fakhrullah Mohamad 

Marang, 27 Julai – Seramai 120 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 yang memperoleh keputusan cemerlang  dirai dalam satu majlis khas. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, program itu bertujuan memberi  motivasi dan suntikan semangat supaya mereka akan terus berusaha dengan cemerlang di masa akan datang. 

"Sememangnya kita akan sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada mereka dan sedikit suntikan ini dapat memberi kesedaran dan semangat kepada mereka untuk terus berjaya dalam hidup." Katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan Program Pembahagian Sumbangan Ke IPTA/IPTS di Dewan Serbaguna Kampung Sena Rendang, Bukit Payong,  semalam.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Harun Yusof turut berpesan, belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan ambil peluang dengan sebaiknya selepas tamat belajar supaya terus bersedia dengan cabaran kerja yang akan mendatang.

"Adik-adik mesti sentiasa ingat, jangan sesekali leka dalam pembelajaran, mesti terus berfikir dan berusaha apa yang kita akan lakukan selepas tamat belajar.
"Cabaran dalam alam pekerjaan sangat memberi kesan kepada kita sekiranya kita tidak dapat menentukan dengan sebaik-baiknya." Katanya

Turut sama dalam program tersebut Pegawai Khas ADUN Bukit Payong, Mat Ghani Jusoh, Penghulu Mukim Bukit Payong, Ahmad Zafiri Ahmad Zaki dan Pengerusi-pengerusi MPKK DUN Bukit Payong.


Tag: