• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Pelajar Cemerlang SPM Terima Hadiah Kecemerlangan

MARANG, 7 Julai - Seramai 71 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang menerima hadiah kecemerlangan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang.

Hadiah berupa wang tunai, dan sijil penghargaan, dua buah buku bertajuk "Profil Insan Teragung" dan "40 Hadis Pilihan, Pembinaan Modal Insan" hasil karya daripada Ahmad Fauzi Hassan, seorang pensyarah daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, hadiah kecemerlangan itu mula diagih 6  Julai.

To' Puan Seri menyampaikan hadiah kepada adik Muhammad Haikal Md Imran yang mendapat keputusan 12A

"Setiap hadiah akan dihantar ke rumah pelajar oleh kakitangan DUN Rhu Rendang termasuk Isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.

"To' Puan Seri akan terlibat dalam menyampaikan hadiah kepada 10 orang pelajar paling cemerlang termasuk dua orang pelajar yang mendapat keputusan 12A dan 11A di sini, " katanya.

Menurutnya lagi, mereka yang berkelayakan mestilah mendapat 6A ke atas, dan ibu bapa merupakan pengundi DUN Rhu Rendang tanpa mengira dari dalam atau luar negeri.

"Kita berharap pelajar ini dapat memanfaatkan kejayaan yang diperolehi, malah meneruskan kejayaan pada peringkat seterusnya. Manakala yang belum berjaya, ingatlah bahawa perjalanan anda masih panjang dan teruskan berusaha, " katanya.

Beliau berkata ketika selesai menyerahkan hadiah kecemerlangan kepada salah seorang pelajar di kampung Tertak Batu yang juga mendapat keputusan 9A.

Turut menyerahkan sumbangan tersebut adalah Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Hasan Awang dan Ketua Pemuda PAS Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria.


Tag: