• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Pelajar Jatuh Jejantas Terima RM8,000

KUALA TERENGGANU, 15 Jun – Kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman (TDI) memperuntukkan sejumlah RM8,000 bagi tujuan pembedahan kepada seorang pelajar yang terjatuh dari jejantas di Kemaman baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata pihaknya sudah mendapat persetujuan daripada pengurusan TDI bagi tujuan berkenaan.

“Kerajaan bersetuju untuk meluluskan peruntukan mellaui Tabung Darul Iman dengan kos sebnayak RM8,000 kepada seorang pelajar di Kemaman yang ditimpa kemalangan baru-baru ini.

“Saya harap dengan peruntukan ini dapat meringankan beban keluarga mangsa untuk melakukan pembedahan dan didoakan agar kembali sihat seperti sediakala,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa kejadian tersebut.

Terdahulu, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Chukai terjatuh dari jejantas setinggi 10 meter yang mengakibatkan dia mengalami patah pinggang.


Tag: