• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Pelajar Perlu Manfaat Masa Sertai Program Komuniti


Azbi memasang plak sebagai simbolik merasmikan  Majlis Penutup Program Khidmat Komuniti Kolej Vokasional Besut yang bertempat di Masjid Kampung Air Terjun, Kuala Besut.


Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT, 11 November - Pelajar perlu memanfaatkan masa dengan menyertai program bersama masyarakat sekeliling sebagai mengimbangi keperluan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan seharian.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, pelajar perlulah menggunakan masa muda ini untuk berkhidmat kepada komuniti yang mampu menjadi antara jihad dalam agama Islam.

"Selain berusaha untuk mencapai kejayaan dalam akademik, para pelajar juga perlu menitik beratkan tentang ilmu agama. Hal ini kerana dengan adanya ilmu ataupun asas-asas agama dalam diri, pelajar tidak akan mudah terjerumus dalam perkara-perkara yang mendatangkan mudarat kepada diri dan masyarakat,"katanya.

Beliau berkata ketika berucap dalam Majlis Penutup Program Khidmat Komuniti Kolej Vokasional Besut yang bertempat di Masjid Kampung Air Terjun, Kuala Besut, di sini, semalam.


Turut hadir dalam program itu, Pengarah Kolej Vokasional Besut, Abdullah Zawawi Yahya, Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Air Terjun, Nik Ma Nik Adek dan Pengerusi MPKK Sri Penag,a Nik Amri Abdullah.


Program sehari itu anjuran Kolej Vokasional Besut dengan kerjasama pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Air Terjun dan Kampung Sri Penaga.





Tag: