Jalur Gemilang
Berita :
Pelancongan Bukan Sekadar Tarik Pelancong, Limpahan Ekonomi Mesti Dinikmati Rakyat – Razali
Pelancongan Bukan Sekadar Tarik Pelancong, Limpahan Ekonomi Mesti Dinikmati Rakyat – Razali
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
19 jam yang lepas
143

KUALA TERENGGANU, 16 November – Pembentangan Belanjawan Terengganu 2027 bertemakan Melakar Bahagia, Memacu Sejahtera oleh YAB Menteri Besar membawa aspirasi untuk terus memperkukuh pembangunan negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Dato’ Razali Idris berkata, sektor pelancongan perlu diperkasakan sebagai antara pemacu ekonomi baharu negeri, khususnya dengan mengambil peluang daripada kehadiran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan pembangunan berorientasikan transit (TOD).

Menurut beliau, menjelang Tahun Melawat Terengganu 2027, usaha promosi di peringkat domestik dan antarabangsa perlu dipergiatkan dengan lebih agresif, selain meningkatkan kualiti, tertib dan profesionalisme penganjuran acara pelancongan tanpa mengabaikan nilai agama, budaya serta adat ketimuran.

“Kita bukan sekadar mahu menarik lebih ramai pelancong, tetapi mahu memastikan limpahan ekonomi sampai kepada rakyat,” katanya menerusi aplikasi Facebook rasmi beliau, hari ini.

Razali berharap sektor pelancongan Terengganu terus berkembang maju dengan mengekalkan identiti dan jati diri tersendiri, selaras dengan aspirasi Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan