• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Pelbagaikan Sukan Untuk Semua Lapisan Masyarakat

Dr. Samsuri bersalam dengan pemain sebelum perlawanan. Foto: Media MB.
MARANG - Kepimpinan di semua peringkat menyarankan penganjuran kepelbagaian kejohanan sukan supaya boleh disertai semua lapisan masyarakat, kata Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Pihak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) yang ada di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama dun Rhu Rendang perlu menganjurkan sukan mengikut kesesuaian penduduk.

"Usaha ini perlu dilaksanakan supaya DUN Rhu Rendang boleh dijadikan contoh kepada DUN lain dalam keunikan penganjuran kejohanan sukan yang dapat disertai semua golongan dari kecil hingga dewasa," katanya ketika hadir merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Pusingan ADUN Rhu Rendang di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini, malam tadi.
Dr. Samsuri melakukan sepak mula sebagai simbolik perasmian. Foto: Media MB.

Sebanyak 21 pasukan menyertai kejohanan itu yang akan berlangsung selama dua bulan bermula semalam sehingga Oktober 2018 di dua venue perlawanan iaitu Kampung Kelulut dan Kampung Rhu Rendang.

Majlis perasmian itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 penonton yang menyaksikan perlawanan pembukaan kumpulan C antara juara bertahan, Rusila FC dan Rhu Rendang B.

Perlawanan berakhir menyaksikan Rusila FC menang dengan mata 3-1.

Foto: Media MB.



Tag: