• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Pemuda Berlawan Kerana Piala YB ADUN Air Putih


Oleh: Aminji

KEMAMAN, 22 September - Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih melabuhkan tirai baru-baru ini dengan gelaran johan menjadi milik Paman FC.

Kejohanan berlangsung di Padang Bola Sepak Batu 4, Binjai, menyaksikan pasukan Paman FC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, piala pusingan dan medal.

Pasukan Seberang Tayur Hulu bergelar naib johan serta tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh pasukan Bukit Mentok dan Batu 4B FC.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim berkata, kesemua pemain yang menyertai kejohanan tersebut menunjukkan semangat berpasukan yang begitu baik di samping turut menghormati pasukan lawan.

“Alhamdulillah kejohanan ini selamat berlangsung dan dapat mengikat silaturrahim antara pasukan lawan.

“Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang tidak berjaya diharap terus berusaha pada masa yang akan datang,” ujarnya.


Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Didik Ulama Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood, Penyelaras Pemuda DUN Air Putih, Dasuki Tahir, Ketua DACS Kemaman, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paman dan Seberang Tayur Hulu.

Tag: