• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Pemuda Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Bersama Rakan

Oleh : Nooreni Abu Bakar 

DUNGUN, 1 September - Seorang pemuda Mohd Firdaus Afiq Che Yusof, 21, dikhuatiri lemas ketika sedang mandi bersama tiga orang rakannya.

Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, Jabatan Amal Malaysia (JAM) Dungun, Utbah Hassan berkata, kejadian berlaku pada jam 3.00 hingga 4.00 petang semalam di Sungai Kampung Pak Suri, Tok Kah, dan sehingga petang semalam dia masih gagal ditemui

"Ketika kejadian mangsa dan dua rakan mangsa telah dibawa arus deras tetapi dua rakan berjaya ditarik ke tepi oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi media selepas operasi yang melibatkan pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tok Kah,  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), Pejabat Daerah dan orang ramai, diberhentikan pada jam 7.00 petang semalam. 

Mangsa yang berasal dari Kampung Alor Mak Bah Alor Mak Bah baru melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari lalu. 

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang yang turut hadir di tapak operasi berharap mangsa segera ditemui dan keluarganya tabah di dalam menghadapi takdir Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu. 

"Berbanyak-banyak terimakasih kepada Jabatan Amal, JPKK, Bomba, PDRM, APM, Pejabat Daerah dan orang ramai yang datang membantu," katanya.


Tag: