• 20 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445

Pendaratan Ikan Meningkat, Sultan Mizan Hargai Usaha Kerajaan

KUALA TERENGGANU, 22 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan penghargaan atas kejayaan perancangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Perikanan secara mampan melalui Pelan Strategi Pertanian 2019 hingga 2023 yang mencatatkan peningkatan sebanyak 39 peratus pendaratan ikan marin.

Titah baginda, sebanyak 13,143 tan berjaya direkod sepanjang tahun 2023.

"Justeru itu, program yang dirancang harus diperkasakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan menerusi pemfokusan kepada program pembangunan tukun ke arah mewujudkan tukun tiruan garis sempadan dan pesisir pantai perairan Terengganu," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Baginda juga bertitah Banci Pertanian kali ke-4 yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi pada tahun ini turut memberikan fokus pengumpulan data secara menyeluruh untuk industri pertanian negara.

"Hasil dapatan daripada bancian ini, diharap mampu memberi sumbangan terhadap isu struktur ekonomi import makanan yang tinggi, kenaikan harga dan seterusnya bakal membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Beta di dalam industri ini," titah baginda.


Tag: