• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Pendayung Solo Tertua Jelajah 60 Hari Seluruh Pesisir Semenanjung Malaysia

Mansor Omar (pendayung) bersama dua pembantu `bank support' (sokongan tebing) Jimie Mansor & dan Alef Shafiq yang  mengiringi pendayung melalui jalan darat selama 71 hari ekspedisi ini.

Pesara Kanan Kerajaan, Mansor Omar, 70, dari Teluk Kalong, Kemaman, pendayung tegar dalam sukan kayak sedang berdayung secara solo menjelajah pantai Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai hingga 9 September ini.

Ekspedisi tersebut bermula di Kelantan dan akan berakhir di Kuala Perlis.

Presiden Kayak Terengganu, Dzulkafli Abas berkata, program ini diadakan sebagai menandakan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60 dengan hari dayungan akan mengambil masa selama 60 hari di sepanjang pesisiran Semenanjung Malaysia.

Katanya, pendayung akan tiba di Sempadan Kelantan - Terengganu pada 3 Julai di Pantai Bukit Keluang dan ekspedisi diteruskan di Pantai Penarik pada 4 Julai, seterusnya pada 5 Julai di Pantai Perkarangan Sutra Beach Resort, di pantai Perkarangan Primula Hotel Batu Buruk (6 Julai), Jeti Kecil Pantai Pulau Kerengga (8 Julai), Pantai Perkarangan Teratai Emas Beach Resort Rantau Abang (9 Julai), Pantai Paka, Dungun (10 Julai), Pantai Penunjuk Kijal (11 Julai), Pantai Teluk Mak Nik (12 Julai), Pantai Gebeng, Pahang (13 Julai).

“Kami berharap Mansor Omar dapat merealisasikan impian beliau dan boleh memegang rekod sebagai 'Pendayung Solo Tertua' kali ini,” katanya.

Program ini adalah sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan aktiviti berdayung di Malaysia di samping memperkenalkan setiap pantai yang menarik di Semenanjung.

Ekspedisi selama 71 hari merentasi 11 negeri dan 60 tempat penginapan yang berbeza di setiap negeri.

Pelepasan checkpoint pertama disempurnakan oleh Mat Razi Mat Ali 

Pelepasan checkpoint pertama disempurnakan oleh, Penolong Pegawai PPD Tumpat (Pengurusan Sekolah), Mat Razi Mat Ali di Jeti Polis Marin, Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan.
Dalam pada itu, penglibatan Mansor dalam Persatuan Rekreasi Negeri Terengganu bermula pada 1985 dan aktif dalam pelbagai aktiviti sukan air.

Ekspedisi itu bertujuan menunjukkan pengamalan cara hidup yang sihat pada veteran dan anak muda, sekali gus membuktikan bahawa umur bukan penghalang mencapai apa yang dihasratkan.

Mansor juga menyeru agar setiap lapisan umur untuk melakukan aktiviti yang sihat selari dengan moto beliau “Umur bukan menjadi penghalang”.

Tag: