lightning-solid
Berita :
Pendekatan ‘Memberi Joran’ Perkasa Ekonomi Rakyat Terengganu
Pendekatan ‘Memberi Joran’ Perkasa Ekonomi Rakyat Terengganu
Rohayati Ripin
1 jam yang lepas
75

KUALA TERENGGANU, 2 Februari – Kerajaan Negeri Terengganu terus komited memperkasa ekonomi rakyat melalui pendekatan 'memberi joran, bukan ikan' yang menekankan pembangunan keupayaan dan kemandirian jangka panjang masyarakat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan tersebut telah diterapkan sejak awal pentadbiran dan terbukti lebih berkesan dalam membawa perubahan berterusan terhadap taraf hidup rakyat.

Katanya, selaras dengan prinsip itu, Kerajaan Negeri melaksanakan Skim Dana Usahawan Terengganu (DUTE) di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bagi menyediakan suntikan modal permulaan kepada para usahawan, khususnya golongan belia.

“Skim ini diwujudkan bagi menyediakan suntikan modal permulaan kepada para usahawan, khususnya golongan belia, sama ada untuk memulakan perniagaan baharu atau memperkukuh perniagaan sedia ada agar lebih berdaya maju dan berdaya saing," jelasnya dalam laman sosialnya hari ini.

WhatsApp Image 2026-02-01 at 4.43.33 PM (1).jpeg 135.6 KB
Beliau turut menjelaskan bahawa bantuan disalurkan dalam bentuk barangan asas perniagaan berdasarkan keperluan sebenar penerima, sekali gus memastikan sokongan yang diberikan bersifat praktikal, bersasar serta memberi impak yang tinggi.

"Pada tahun 2025, seramai 1,025 orang usahawan di seluruh Negeri Terengganu telah menerima manfaat melalui skim ini, dengan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM1,585,369.66," ujarnya.

Tambah beliau, inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan Terengganu.

“Diharapkan agar bantuan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti, pengukuhan daya saing dan kejayaan berterusan para usahawan. Insha-Allah," katanya lagi.
WhatsApp Image 2026-02-01 at 4.43.32 PM (1).jpeg 147.14 KB


Tag :

Artikel Berkaitan