• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445
Haji Wan Hapandi menulis sesuatu dalam kunjungan beliau bertemu calon UPSR SK Pusat Dungun.
Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN - Pendidikan merupakan aset yang penting dalam pelaksanaan pembangunan negara agar ia sentiasa ke hadapan seiring dengan misi mencapai negara maju dan berstatus kelas pertama.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Wan Hapandi Wan Nik berkata, kepentingan pendidikan tidak boleh diabaikan kerana ia merupakan langkah langkah awal untuk Malaysia berjaya menuju negara maju dan kelas pertama.

“Pendidikan sangat penting dan ia harus bermula dari peringkat kecil lagi demi memastikan status negara maju dan kelas pertama bejaya dicapai.

“Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan satu langkah permulaan bagi anak anak untuk terus lebih berusaha sehingga berjaya menuju menara gading (universiti),” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun semasa membuat lawatan sempena hari pertama peperiksaan UPSR yang berlangsung, semalam (24 September).

Sementara itu, menurutnya, masyarakat perlu sentiasa amalkan falsafah ‘DUIT’ dalam kehidupan.

“Sepanjang hidup kita ini, kita perlu amalkan prinsip ‘DUIT’.

“D adalah doa, U iaitu usaha, I merupakan ikhtiar dan terakhir T merujuk kepada tawakal dalam setiap perbuatan kita,” pesan beliau.


Haji Wan Hapandi Wan Nik yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura turut melawat beberapa buah sekolah lagi selepas itu.

Tag: