• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Pendidikan Awal Penting Kepada Anak- Anak

DUNGUN, 16 Mac- Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita  dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Alias Harun berkata, pada peringkat inilah mereka memasuki alam baharu iaitu alam bersosial. 

"Jadi amat penting diusia begini didedahkan dengan pendidikan al-Quran kerana apa sahaja yang kita rancang dan laksanakan mesti tidak lari daripada al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gimik Pelancaran Penyerahan 'Starter Kit' kepada pelajar-pelajar Tadika Perpaduan Daerah Dungun secara serentak semalam yang diadakan di Tadika Perpaduan Taman Rakyat Jaya, di sini. 

Seramai 521 orang pelajar di 22 kelas tadika berkenaan dalam Daerah Dungun menerima kit yang mengandungi beg sekolah, dua pasang uniform tadika, alat tulis dan set penjagaan diri berlogo baharu secara percuma. 

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu, Kamaruddin Ali dan Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Dungun, Tengku Mazilawati Tengku Muhamad. 

Alias turut merakamkan uucapan terima kasih di atas kesungguhan tenaga pendidik di Tadika Perpaduan yang bekerja keras mendidik pelajar-pelajar cilik yang merupakan saham negara yang akan mewarisi kepimpinan di masa depan.


Tag: