• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Penduduk Kuala Besut Terima 4,750 Kilogram Ikan Segar

BESUT, 6 Jun - Penduduk Kuala Besut yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima 4,750 kilogram ikan segar hari ini.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, makanan basah itu diagihkan melalui Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap seluruh pelusuk kampung.

“Saya berharap dengan sedikit bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN ini diharap dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat PKPD.

“Sebelum ini kita sudah menyampaikan bantuan beras dan telur, alhamdulillah hari ini kita bagi ikan pula,” ujar Azbi kepada UPDI hari ini. 

Dalam perkembangan sama, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu yang sentiasa cakna kepada rakyat. 

"Ramai penduduk yang tidak dapat meneruskan kerja dan menyebabkan mereka terputus punca pencarian. 

"Bantuan ini adalah di bawah program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 (Berkat 3.0) yang telah dilancarlan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada minggu lepas.," tambah beliau.


Tag: