• 28 Okt 2020 | 11 Rabiul Awal 1442

Penyelenggaraan, Bina Jalan Di Jabi Sedang Giat Berjalan

SETIU, 18 Oktober – Penyelenggaraan dan pembinaan jalan baharu di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi sedang giat dijalankan mengikut keutamaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, kerja-kerja bagi menyelesaikan masalah di lokasi dengan mengutamakan tempat yang akan dimanfaatkan secara umum berbanding kegunaan individu. 

"Banyak lagi jalan di Jabi yang belum selesai dibaiki. Kita buat mengikut keutamaan. Antara penilaian keutamaan, jalan untuk kegunaan umum lebih diutamakan daripada jalan persendirian.

"Jalan untuk kegunaan 20 buah rumah lebih diutamakan dari jalan untuk kegunaan lima buah rumah. Jalan sawah padi yang dimanfaatkan berpuluh orang pesawah lebih utama daripada jalan kebun milik perseorangan," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.