• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Perhilitan Pasang Perangkap Khinzir Elak Makan Ayam

 

MARANG, 25 Julai- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHITAN) Terengganu memasang perangkap haiwan liar mengelak menganggu haiwan ternakan milik Ahmad Aiman Mohd Arif, 35 di Kampung Sentul Patah di sini.

Menurut Ahmad Aiman, beberapa ekor ternakannya telah dimakan khinzir dan hanya disedari keesokan harinya setelah melihat sisa-sisa bangkai seperti cebisan kaki atau badan serta bulu-bulu yang bersepah.

"Walaupun saya memelihara beberapa ekor anjing untuk menjaga kawasan dan ternakan tersebut, namun tidak diendahkan oleh khinzir tersebut yang bersaiz agak besar," katanya.

Katanya, bidang ternakan ayam organik itu mula diceburinya pada awal tahun lepas di kawasan rumahnya yang sehingga kini mempunyai jumlah sebanyak 2000 ekor.

Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada PERHILITAN agar perangkap tersebut dapat dipasang segera.

"Perangkap itu bagi menglekkan khinzir itu daripada terus menggangu ternakan dan mengancam keselamatan penternak di samping orang-orang kampung sekeliling memandangkan saiznya bukan biasa-biasa.

"Kita berharapa khinzir tersebut dapat ditangkap dan dilupuskan supaya masalah ternakan dan keselamatan ini dapat diselesaikan. Apatah lagi sekarang adalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kerugian ini akan menyusahkan lagi penternak.

"Terima kasih diucapkan kepada pihak PERHILITAN yang memberi ruang dan kerjasama di dalam usaha memasang perangkap serta menghapuskan gangguan khinzir tersebut," tambahnya lagi.

 


Tag: