• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Perintah Khidmat Masyarakat Peluang Baiki Diri

DUNGUN, 14 Ogos- Pesalah muda dibawah Perintah Khidmat Masyarakat masih berpeluang membaiki diri diatas kesilapan masa lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, mereka sepatutnya membuang rasa rendah diri dan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dengan ikhlas.

"Program sebegini diatur oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu anak-anak semua menjadi anggota masyarakat yang berguna dan bermanfaat," katanya.

Alias berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Khidmat Bakti Jabatan Kebajikan Masyarakat Bersama Majlis Perbandaran Dungun dan Komuniti Setempat Tahun 2022 di Pantai Teluk Bidara di sini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak Dan Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Rodziah Abdol Razak dan Penghulu Mukim Abang, Ahmad Khairullizan Alias.

Sementara itu, Rodziah berkata, seramai 30 orang Pelatih Khidmat Masyarakat  daripada seluruh daerah dalam Negeri Terengganu kecuali Besut dan Setiu menyertai program tersebut.

"Perintah Khidmat Masyarakat adalah alternatif pemenjaraan kepada pesalah-pesalah muda yang berumur di bawah 21 tahun dan diklafikasikan kesalahan  ringan, jadi untuk mengelakkan mereka di penjara, pesalah - pesalah ini diarahkan untuk mengikuti Khidmat Masyarakat berdasarkan jumlah jam serta tempoh yang ditentu oleh mahkamah.

"Jadi mereka ini perlu menyertai program - program Khidmat Masyarakat seperti gotong royong, menghadiri program yang diadakan di masjid dan pelbagai lagi aktiviti tanpa dikenakan upah dan ianya menjadi satu pengalaman yang berguna supaya berkhidmat kepada masyarakat, " jelasnya lagi. 


Tag: