• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Perjuangan Kerajaan Negeri Berteraskan Islam


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 15 November- Perjuangan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) masa kini adalah berteraskan tuntutan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, antaranya mengamalkan pentadbiran dengan berlandaskan al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan.

"Dalam memimpin, hidup berkomuniti,  pendidikan, kebajikan, kebudayaan, pelancongan, sukan dan apa sahaja yang ada dalam kerajaan tidak boleh lari daripada Islam kerana dasar perjuangan kita adalah Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Dialog Bersama Exco di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, kelmarin.


Turut hadir,  Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita kepada Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti. 

Majlis sumbang saran itu telah berjaya menarik kehadiran lebih 200 peserta.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri pula digerakkan dengan budaya politik matang dan sejahtera.

Melalui budaya politik ini kita tidak mengamalkan politik tergopoh gapah dalam mengambil setiap keputusan.

“Bagi menjawab persoalan tentang projek-projek yang dirancang dan sedang dilaksanakan oleh pentadbiran dahulu kerajaan akan lakukan kajian terperinci sebelum memutuskan sesuatu keputusan terhadap projek-projek tersebut. 

" Prinsip dia apa, kalau yang dulu comel (elok) kita teruskan, kalau yang dulu comel tapi ada benda yang tak molek kita hentikan, " ujarnya.

Tag: