• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Permohonan 20 Tahun Kini Lulus

KEMAMAN, 7 April - Sistem pencahayaan di laluan masuk ke tanah perkuburan Kampung Pondok Pasir, Kijal yang pernah dimohon oleh penduduk 20 tahun lepas kini telah diluluskan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pondok Pasir, Yak Yah dan Bukit Takar, Zawawi Mohamed bersyukur dengan pemasangan lampu jalan tersebut.

Zawawi Mohamed.

"Alhamdulillah, akhirnya terang juga jalan ke tanah perkuburan ini setelah sekian lama menjadi rungutan penduduk kampung.

"Seingat saya sudah 20 tahun laluan ini gelap dan amat menyulitkan komuniti di kampung ini bagi menguruskan pengkebumian jenazah terutama pada waktu malam," katanya.

Zawawi yang ditemui di kediamannya di Kampung Pondok Pasir, Ibok tempoh hari oleh pemberita juga berkata, wakaf di kubur tersebut yang dulunya agak usang kini telah dinaiktaraf dengan struktur batu.

Struktur baru wakaf di tanah perkuburan Kampung Pondok Pasir.

"Wakaf di kubur telah dinaiktaraf dengan struktur batu dan insya-Allah kami dalam proses membuat permohonan untuk adakan lampu limpah di situ bagi kemudahan bila ada kematian yang perlu disegerakan pada waktu malam," katanya.

Zawawi juga berterima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam menyejahterakan komuniti kampungnya, dia juga berharap agar tanah kubur seluas 4 ekar tersebut mendapat kelulusan dari kerajaan bagi mendirikan pagar.


Tag: