lightning-solid
Berita :
PERTIMA Raih Anugerah Emas DI LICTA 2025
PERTIMA Raih Anugerah Emas DI LICTA 2025
Rohayati Ripin
1 hari yang lepas
58

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Pertima Terengganu Sdn Bhd sekali lagi mengharumkan nama negeri apabila dianugerahkan Anugerah Emas “Excellent Malaysian Homegrown Food Brand” (Manufacturing) pada majlis berprestij Lang International Corporate Titan Awards 2025 (LICTA).

Majlis penuh gemilang itu berlangsung di EQ Hotel Kuala Lumpur dan anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato' Awang Bemee Awang Ali Basah, manakala Pertima diwakili Lembaga Pengarah Pertima Terengganu Sdn Bhd, Mohd Anuar Abdullah.

Pengiktirafan ini sekali lagi membuktikan keupayaan Pertima sebagai antara jenama tempatan yang terus mengekalkan piawaian tinggi dalam penghasilan produk makanan berkualiti serta dipercayai pengguna.

Pertima dedikasikan penghargaan ini supaya terus menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dan menyediakan mutu jenama terbaik.

Dengan kemenangan ini, Pertima terus melakar pencapaian membanggakan sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu pengeluar makanan tempatan terbaik di Malaysia.









Tag :

Artikel Berkaitan