• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

PERTIMA Terengganu Pelopor Makanan Halal Dalam Tin Di Malaysia


Pekerja PERTIMA memasukkan ikan 'Mackerel' ke dalam tin untuk produk sardin berperisa sos tomato.

KUALA TERENGGANU, 23 Julai - Untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan dalam tin di Malaysia dan membina pasaran di peringkat global, PERTIMA Trengganu Sdn Bhd (PERTIMA) mengorak langkah memasarkan produknya secara lebih agresif.

Pengurus Besar PERTIMA Syed Mohd Asdi Tuan Ngah berkata, produk PERTIMA akan diperkenalkan di serata dunia termasuk ke Jepun untuk mendokong industri halal hub negara.

Di pasaran domestik PERTIMA katanya, telah bertapak kukuh di Hyper Runcit dan Gedong Jualan Borong serta Pasaraya Terkenal di seluruh negara.
Syed Mohd Asdi
"Produk kami telah pun diuji sebelum ini di mana pihak kami pernah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai pembekal tunggal untuk sardin kepada semua agensi kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia selama lebih 20 tahun.
"Sebagai jaminan mutu dan kualiti, kami adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Moody International yang mana pihak kami telah memperolehi sijil HALAL, HACCP dan ISO 9001:2015," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara di pejabat PERTIMA di Kawasan Perindustrian Chendering di sini hari ini.
Ikan sardin sedang ditinkan di kilang PERTIMA milik Kerajaan Terengganu.

Katanya, 
Visi PERTIMA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan halal yang di ‘pack’ di Malaysia dan membina pasaran di peringkat global.
Misinya pula ialah mengeluarkan pelbagai produk makanan yang di ‘pack’ dan bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa dan menguntungkan
Katanya, PERTIMA akan mempelbagaikan segmen pasaran, menyediakan pasukan kerja yang mantap dalam bidang pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), kawalan kualiti dan pemasaran.
Menurutnya, PERTIMA adalah anak syarikat penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan pemilikan 100 peratus modal saham.
Antara produk PERTIMA di pasaran ialah Sardin dalam Sos Tomato, Kuah Laksa Terengganu, Kuah Sate dan Sambal Bilis.

"PERTIMA juga adalah peneraju pengeluar makanan dalam tin di Terengganu. Sejak ditubuhkan pada 1972, PERTIMA telah membuktikan bahawa ia adalah pengeluar produk dalam tin yang berkualiti tinggi di pasaran," jelasnya.
Menurutnya, PERTIMA telah diperbadankan pada 28 Mac 1972 dibawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta dan modal berbayar sebanyak RM7.4 juta. Lokasi kilang ialah di kawasan Perindustrian Chendering, mempunyai keluasan 6,937 meter persegi.
"Beroperasi di premis sendiri yang terletak di Kuala Terengganu, kilang kami mempunyai kelengkapan yang cukup di mana kami memberi jaminan dapat membekalkan bermacam-macam jenis produk makanan dalam tin yang bermutu seperti ikan dalam kuah tomato (sardin), Kari Ayam, Kari Kambing, Sambal Bilis, Kari Lembu, Kuah Laksa Terengganu Kuah Sate dan sebagainya," jelas beliau.

Katanya, PERTIMA merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) iaitu agensi pembangunan kerajaan Negeri Terengganu.
"Sehingga kini PERTIMA telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai satu-satunya kilang pengeluar sardin di Malaysia yang 100 milik dan pekerjanya melayu bumiputra semenjak penubuhannya pada tahun 1972," ujarnya lagi.
Katanya, sejak penubuhannya sehingga kini, PERTIMA masih dapat menghasilkan prestasi keseluruhan yang baik.
"Nilai teras baru yang diperkenalkan tagline yang dikekalkan sehingga kini iaitu “Terunggul Sejak 1972” dan nilai teras lama “Yakin Halal dan Suci”, pengekalan sijil pengiktirafan antarabangsa seperti HALAL Jakim, ISO 9001:2008, HACCP dan MeSTI, PERTIMA yakin mampu menghasilkan lonjakan prestasi yang menguntungkan di masa-masa akan datang," ujarnya.
PERTIMA juga katanya, menyediakan khidmat kontrak pengetinan kepada pihak yang berminat.
PERTIMA boleh dihubungi di talian 09-6171211/1411/1322, Fax: 09-6171246.
Email: pertima_marketing@yahoo.com / pertima72@yahoo.com




Tag: