• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Peserta Luar LAJSM 2018 Meningkat Lima Kali Ganda

Wan Sukairi (berdiri tiga kiri) menunjukkan t-shirt LAJSM 2018 di Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim

Peserta luar negara bagi Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2018 menunjukkan peningkatan lima kali ganda kepada 2,000 orang berbanding hanya 400 peserta tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, LAJSM 2018 yang akan berlangsung 8 September depan di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu dijangka disertai 50,000 peserta dari dalam dan luar ne­gara.


“Sehingga kini, seramai 48,000 orang telah mengesahkan penyertaan termasuk peserta luar negara seperti Singapura, Thailand, Somalia, Yaman, United Kingdom, India, China, New Zealand serta Afrika.

“Berdasarkan peningkatan bilangan peserta luar negara pada setiap tahun dimana pada 2016 hanya 100 pelari, 2017 (400) dan tahun ini seramai 2,000 yang telah berdaftar, kita percaya bahawa acara ini berupaya dijadikan salah satu platform utama mempromosikan negeri melalui pelancongan sukan sekali gus menjana ekonomi tambahan rakyat Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Olahraga Amatur Te­­rengganu (POAT), Dato’ Wan Hisham Wan Salleh dan Pe­ngarah Maj­lis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.


Wan Sukairi memberitahu, kerajaan negeri terus memberi kepercayaan penuh kepada POAT bagi me­ngurus dan menjayakan LAJSM 2018 dengan tema ‘Vacay Run’atau ‘Lari Sambil Melancong’ bagi menjayakan Visit Beautiful Terengganu.

Katanya, LAJSM yag menawarkan hadiah keseluruhannya bernilai RM214,000 menampilkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer (km), 21 km, 12 km, lima km dan tiga km yang dijadualkan bermula pukul 12.01 tengah ma­lam sehingga pukul 10 pagi keesokannya.


Tag: