• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

PIALA MALAYSIA 2018: Kaunter Tiket Diserbu Penyokong Terengganu

Penyokong berkumpul sejak tengah malam untuk mendapatkan tiket.
KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Sekitar 5,000 penyokong pasukan Terengganu Football Club (TFC) 1 berkumpul di hadapan kaunter tiket Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, sejak lewat malam tadi untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, di Stadium Shah Alam, Selangor, Sabtu ini.
Muhammad mahu Terengganu bawa pulang Piala Malaysia.
Seorang peminat bola sepak, Muhammad dari Kampung Ladang mengharapkan keajaiban buat dirinya yang menunggu sejak 8.30 pagi tadi.

"Penyokong terlalu ramai. Saya cuma harap tiket mencukupi, jika tidak terpaksalah menonton melalui televisyen sahaja.

"Sebagai penyokong tegar, kita mengharapkan kemenangan Terengganu. Satu gol sudah cukup, yang penting kita menang," katanya.

Sementara itu, Hasrul Bakar, 36 dari Bukit Besar, berjaya mendapatkan tiket setelah menunggu daripada 12.00 tengah malam tadi.

"Gembira, berbaloi menunggu lama. Tetapi hanya tiga keping tiket dewasa dan satu kanak-kanak dijual untuk seorang penyokong sahaja.
Penantian Hasrul berbaloi.
"Melihat kepada corak permainan, insya-Allah kita boleh menang. Sasaran saya, menang 2-0," katanya.

Tinjauan di laman Facebook Tickethotline sejam lalu juga mendapati kesemua tiket telah habis dijual.
Tiket perlawanan laku ibarat pisang goreng panas.






Tag: