• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Piala Monsun Imbau Tradisi Lama


Oleh: Ariss Alias

SETIU, 26 Disember- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Langkap menganjurkan pertandingan bola sepak secara tradisional bagi mengembalikan minat masyarakat terhadap permaian tradisi.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, Kejohanan Bola Sepak Piala Monsun Enam Sebelah anjuran MPKK Langkap bersama Persatuan Kebajikan Bumiputera Malaysia (PKBM) itu telah menarik penyertaan 16 pasukan yang terdiri 126 peserta.

“Pertandingan sebegini mengimbau kenangan orang kampung dalam bermain bola sepak secara tradisional. Kumpulan ditentukan secara undian dan wajib bermain tanpa kasut di padang basah,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Monsun Enam Sebelah di Padang Bola Kampung Langkap,” baru-baru ini.

Turut hadir, Penyelia i-MiTS DUN Langkap Hassan Karim dan Penolong Pegawai Kemasyarakatan i-MiTS Ahmad Mohd Nor.

Katanya, menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan setiap peserta mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk menutup aurat.

"Penganjur perlu cakna mengenai pakaian peserta, kena tutup aurat begitu juga bab solat. Bila masuk waktu pastikan peserta ada masa untuk solat".

"InsyaAllah lepas ni kita akan buat pertandingan futsal peringkat DUN Langkap yang akan diuruskan oleh pemuda,” ujarnya.



Tag: