• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

PKAPKN Agih Pek Makanan Sepanjang Ramadan


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 30 April- Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) akan mengedarkan pek makanan berbuka puasa untuk golongan yang memerlukan khususnya fakir miskin sepanjang Ramadan ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pek makanan tersebut akan diagihkan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebelum diserahkan kepada golongan sasar.

“Dalam bulan Ramadan, kami rancang untuk mengagihkan 100 pek makanan berbuka puasa pada setiap hari.

“Dan kita akan sasarkan golongan miskin di kampung-kampung yang berlainan selama 30 hari di bulan puasa ini," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Amal Dana Cakna Rakyat Kuala Nerus Bersama Dua Tokoh Pewaris Tok Guru Nik Aziz iaitu Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dato' Dr Nik Zawawi Saleh dan Selebriti TV, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, di Marina Duyung Resort, baru-baru ini.

Katanya, program makan malam amal itu turut disertai lebih daripada 300 orang anak yatim dan fakir miskin.


Tag: